DEFINISI DAN KONSEP PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

Definisi Program Pendidikan Pemulihan
     Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik barat dan tempatan
mengenai takrifan pendidikan pemulihan. Secara lebih khusus, takrif pendidikan
pemulihan itu telah diberi dengan pelbagai definisi, antaranya ialah :

Menurut laporan yang bertajuk Asia and Pacific Programme of Educational
Innovation for Development (1987) yang disediakan oleh Kementenian Pendidikan
Malaysia
Pengajaran pemulihan ialah: a process in which children with learning problems are given practical alternatives and effective approaches (programme) in education.

Menurut Bahagian Sekolah-sekolah, Kementenian Pendidikan dalam pekeliling
KP (BS) 8502I5IPKIJ1d. V (26) bertarikh 8 Januari 1986
Pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-gunu pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.
Ini bermakna pengajaran pemulihan adalah satu proses pengajaran dengan pendekatan yang lebih berkesan, praktikal bagi murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Pusat Perkembangan Kunikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1984), dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1983)
Pendidikan pemulihan adalah satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesukaran dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.

Ishak Haron dan Koh Boh Boon (1983)
Pendidikan pemulihan ialah satu perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa atau aliran perdana yang gagal menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.

Koh (1979) dalam kertas kerjanya bersempena dengan Tahun Kanak-kanak 1979
Pengajaran pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan memulihkan kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid lambat dengan tujuan meningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf dengan pencapaian murid-murid normal.

Sharifah (1979)
Pengajaran pemulihan ialah pengajaran melalui pendekatan dan kaedah yang khusus untuk murid-murid yang terlalu lemah.

Chua (1977)
Pengajaran pemulihan sebagai satu pengajaran yang bertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui pendekatan perseorangan dalam kelas yang kecil bilangan muridnya. Pengajaran ini menggunakan kurikulum yang diubahsuaikan dengan menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi, tunjuk cara yang melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan serta disampaikan dengan teratur serta dikendalikan oleh kakitangan ikhtisas (profesional) yang terdiri daripada Guru Pemulihan dengan kerjasama doktor, pekerja sosial, pakar jiwa dan pihak-pihak lain yang berkaitan. Kesimpulan pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan rakan mereka yang lain.

Albertwhite (1977)
Pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi. Beliau menegaskan bahawa; ‘by remedial teaching is meant teaching which is based in a different diagnosis which forms the basis for scientific remedial procedures’.

Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan bagi United Kingdom (1975)
Pengajaran pemulihan sebagai satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa. Persatuan ini juga mengatakan pengajaran pemulihan sebagai tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi kesusahan dan segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa atau di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan dalam kumpulan yang diasingkan untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.

Creber (1974)
Pengajaran pemulihan sama dengan pengajaran imbuhan. Menurut beliau, pemulihan kadangkala merupakan pengalaman-pengalaman yang tidak dinikmati oleh kanak-kanak yang tidak bernasib baik.
Definisi di atas disokong pula Brennan (1974), yang mengatakan bahawa pengajaran pemulihan ialah pengajaran untuk penyesuaian dan pembetulan bagi murid-murid yang didapati menghadapi masalah dalam pembelajaran. Menurut beliau;
‘Remedial education is regarded as the kind of education required to meet needs which are the result of learning disabilities, that is learning failure which cannot be explained by any reference to inadequacies in the pupils enviromental situation or life experience’.

Menurut Tansley (1967)
Pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.

Menurut Pringle (1966)
Satu pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka.

Collins (1961)
Pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas. Malah beliau menegaskan pengajaran ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca, menulis dan mengira. Collins telah menyimpulkan pendidikan pemulihan sebagai; ‘special education treatment ofchildren found to be failing in the basic school subjects of reading, spelling and number’.

Evans (1955)
Pengajaran pemulihan dianggap sebagai ‘the ambulance of educational system’. Oleh itu pengajaran ini tidak boleh diambil kira sebagai satu pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan disusun dengan rapi berdasarkan aspek-aspek kelemahan murid.

Blair (1956)
Pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang bertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan pemelajaran untuk mengikis segala kebiasaan dan amalan yang tidak sesuai bagi murid-murid lambat. Selain definisi pendidik dan Barat, terdapat juga definisi yang telah diubahsuaikan oleh ahli pendidik tempatan mengikut keperluan tempatan.

Konsep Program Pendidikan Pemulihan
National Association for Remedial Education ‘NARE’ Great Britain -1977
Program Pendidikan Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira sebagai kemahiran asas yang menjadi fokus KBSRIa memerlukan tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak murid-murid yang menghadapi kesulitan   terhadap kemahiran-kemahiran 3M. Murid-murid pemulihan menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa, atau kelas pemulihan khas secara sambilan, atau menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang guru pemulihan.

Mat Nor Husin dan Jais Sahok 1990
Konsep pendidikan pemulihan khas ialah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid yang gagal di peringkat bilik darjah kerana tidak menerima isi pelajaran seperti pencapaian rakan sebaya mereka yang tidak bermasalah. Bersandarkan kepada pendapat tersebut, pendidikan pemulihan khas dapat dirumuskan sebagai satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid–murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira yang merupakan fokus utama dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah” .

Koh Boh Boon 1982
Konsep pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas yang lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid lambat, iaitu mereka yang lembab dan gagal menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar oleh guru dalam kelas biasa berbanding dengan murid-murid lain.

      Pendidikan pemulihan merupakan lanjutan daripada sebahagian pendidikan imbuhan. Ia dikenali juga sebagai ‘remedial education’ di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja. Pendidikan pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat.
    Pendidikan Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Konsep Pemulihan KBSR ialah ia dilaksanakan dalam kelas biasa mengikut mata pelajaran yang tertentu. Kumpulan-kumpulan akan dibentuk dan murid yang menghadapi masalah dalam kemahiran 3M akan dibimbing dan dipulihkan bagi menguasai kemahiran tersebut. Murid-murid ini dibimbing dan dipulihkan oleh guru mata pelajaran tersebut dengan mendapat khidmat nasihat daripada Guru Pendidikan Pemulihan Khas. (Buku Panduan Am KBSR - 1982)
     Pendidikan Pemulihan Khas berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. Guru yang mengajar kelas pemulihan khas merupakan guru yang terlatih di institusi yang menyediakan kursus-kursus pendidikan pemulihan seperti di universiti, maktab perguruan mahu pun institut pendidikan guru sama ada dalam negara atau luar negara. Hasilnya guru pemulihan khas mempunyai kepakaran yang khusus bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang lemah.
     Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga menjurus kepada kelemahan murid. Keluasan kelas pemulihan khas adalah bergantung kepada kekosongan bilik darjah. Peringkat awal pelaksanaan ada kelas pemulihan khas hanya terdiri daripada satu ‘bay’ atau berada di lorong laluan. Tetapi kini kelas pemulihan khas telah mengalami transformasi dan mempunyai kelengkapan yang terbaik bagi menghasilkan kelas yang kondusif yang mampu menjana perubahan kepada murid-murid pemulihan bagi mengatasi kelemahan mereka.
   Konsep pendidikan pemulihan khas seterusnya ialah pengajaran pemulihan adalah berdasarkan kepada diagnosis kelemahan dan kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid tersebut. Sebelum mereka ditempatkan di kelas pendidikan pemulihan khas mereka akan mengikuti prosedur-prosedur seperti yang terdapat dalam carta alir pelaksanaan program pendidikan pemulihan khas seperti mengenal pasti murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan membuat penilaian awal atas mereka. Pendekatan secara individu, misalnya mengadakan kelas khas yang kecil dan kurikulum yang anjal yang boleh diubahsuai bagi membolehkan murid-murid ini menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira. Dalam mengajar sesuatu kemahiran, guru pendidikan pemulihan khas hendaklah mempermudahkan gerak kerja dalam proses pengajaran dan pembelajarannya supaya murid boleh melaksanakannya, mendapat kepuasan dan menguasai kemahiran yang diajar.

No comments:

Post a Comment