MASALAH DAN CIRI-CIRI MURID PEMULIHAN

MASALAH MURID PEMULIHAN
Masalah Tulisan
  • ·         Perkataan ditulis terlalu rapat antara satu sama lain
  • ·         Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong
  • ·         Tiada keseragaman jarak antara huruf dengan huruf  atau antara perkataan dengan perkataan
  • ·         Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas/tepat/betul
  • ·         Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan
  • ·         Mencampuradukkan huruf besar dengan huruf kecil
  • ·         Masalah pembalikan huruf atau perkataan
  • ·         Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan) yang sepatutnya
  • ·         Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan
  • ·         Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan
  • ·         Menulis huruf-huruf dalam perkataan secara bertindih
  • ·         Mengulang garis-garis huruf yang ditulis
  • ·         Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri
  • ·         Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah
  • ·         Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul

Masalah Bacaan
Bentuk Huruf
  • ·         Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya
  • ·         Huruf terbalik
  • ·         Bunyi huruf yang seakan-akan sama
  • ·         Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya
  • ·         Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda
  • ·         Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana bentuknya berubah

Peringkat Suku Kata
  • ·         Tidak boleh mengadun/membatang suku kata terbuka/tertutup
  • ·         Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet
  • ·         Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja/membatang suku kata
  • ·         Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan
  • ·         Salah memecah/membatang suku kata
  • ·         Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata
  • ·         Keliru membatang perkataan yang mengandungi Diftong/Vokal Berganding
  • ·         Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi Digraf
  • ·         Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan

Kesukaran dalam Pengamatan
  • ·         Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan
  • ·         Mengeja sebelum membaca
  • ·         Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut
  • ·         Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan
  • ·         Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan
  • ·         Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya
  • ·         Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris
  • ·         Salah menyebut/membunyikan perkataan yang seakan-akan sama
  • ·         Menyebut perkataan mengikut loghat

Kesukaran Membaca Peringkat Ayat
  • ·         Menggantikan perkataan dengan perkataan lain
  • ·         Tertinggal/Mengulang/ Pembalikan perkataan
  • ·         Merangkak-rangkak
  • ·         Membaca mengikut loghat

Masalah Ejaan
Lemah dalam Ingatan Penglihatan
  • ·         Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatu perkataan
  • ·         Masalah penglihatan seperti rabun dan juling

Lemah dari Segi Analisis Pendengaran
  • ·         Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi
  • ·         Tidak boleh mengecam (mendengar) bunyi-bunyi yang terlibat dalam perkataan
  • ·         Tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak

Masalah Kiraan
  • ·         Masalah penguasaan nombor
  • ·         Tidak boleh mengenal bentuk nombor yang seakan-akan sama seperti 6-9, 1-7
  • ·         Tidak boleh menulis dengan tepat
  • ·         Tidak boleh menulis mengikut turutan seperti murid tidak tahu yang mana lebih besar (6 atau 7)
  • ·         Tidak tahu nilai tempat nombor seperti masalah operasi tambah, tolak, darab dan bahagi
  • ·         Tidak boleh menyusun ayat matematik dalam bentuk ayat lazim
  • ·         Tidak boleh menyelesaikan soalan yang mengumpul semula
  • ·         Tidak boleh menghafaz sifir darab dengan tepat
  • ·         Tidak boleh mendarab nombor dua digit dengan dua digit

CIRI-CIRI MURID PEMULIHAN
Emosi dan Tingkah Laku
  • ·         Perasaan risau dan rendah diri
  • ·         Perasaan sedih, hiba atau duka
  • ·         Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran
  • ·         Perasaan takut akan perkara-perkara baru
  • ·         Degil dan tidak patuh kepada peraturan dan suka melawan.

Sosial
  • ·         Gelisah dan selalu bergerak di dalam bilik darjah serta mengganggu kawan-kawan
  • ·         Banyak perangai ganjil seperti menghisap atau menggigit jari
  • ·         Selalu tidak hadir ke sekolah dengan pelbagai alasan
  • ·         Bohong dan kadang-kadang mencuri

Kesihatan
  • ·         Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan
  • ·         Pertumbuhan tubuh badan tidak seimbang (terlalu gemuk/kurus)
  • ·         Tumpuan perhatian terhad
  • ·         Lemah gerak motor kasar dan halus
  • ·         Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk

Kesediaan Belajar
  • ·         Belum bersedia untuk belajar
  • ·         Perbendaharaan kata kurang
  • ·         Lemah pemahaman
  • ·         Kurang percaya terhdap diri sendiri

Pengamatan
  • ·         Tidak boleh kenal bentuk atau perbezaan turutan
  • ·         Lemah pendengaran bunyi
  • ·         Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah
  • ·         Lambat mengelaskan benda
  • ·         Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru
  • ·         Tidak dapat menyelesaikan masalah
  • ·         Sukar membuat kenyataan am
  • ·         Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang
  • ·         Tidak dapat membuat kerja-kerja kreatif
  • ·         Lemah pergerakan dan perbuatan
  • ·         Lemah daya pemikiran
  • ·         Tidak boleh mengingat kembali

No comments:

Post a Comment