Sejak kebelakangan ini, kesedaran terhadap cara-cara terbaik untuk memberi perkhidmatan pendidikan kepada pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran telah meningkat. Pelaksanaan program pendidikan pemulihan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di negara ini merupakan sebahagian daripada program yang dirancang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran di dalam kelas.
Pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran jelas memerlukan pertolongan. Tanpa bantuan, mereka akan gagal membina keyakinan diri untuk belajar dan tidak mendapat pengalaman yang menyeronokkan semasa di sekolah. Akibatnya, mereka ketinggalan dalam bilik darjah dan seterusnya pencapaian akademik mereka agak lemah jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar lain yang sebaya dengan mereka. Keadaan menjadi lebih serius lagi apabila terdapat pelajar-pelajar yang tidak dapat membaca dan menulis walaupun sudah tamat persekolahan di peringkat sendah. Lantaran itu, Kementerian Pendidikan telah menyusun program pemulihan bagi mengelakkan pelajar-pelajar ini daripada tercicir dari alam persekolahan.

Dalam kerja kursus ini, pemerhatian terhadap dua buah sekolah iaitu SJK(C) Yuk Kwan, Batu Gajah dan SJK(C) Do Nang, Sibu telah dijalankan dan perkembangan pelaksanaan program pendidikan pemulihan di dua buah sekolah ini diberi keutamaan. Kini, pendidikan pemulihan semakin meluas di seluruh dunia. Oleh itu, kebanyakan sekolah sama ada sekolah di bandar mahupun luar bandar menyediakan program pemulihan untuk murid-murid yang memerlukannya.
SJK(C) Yuk Kwan merupakan sebuah sekolah terletak di bandar yang bermodal sederhana. Kawasannya tidak besar tetapi pihak sekolah sanggup membuka kelas pemulihan bagi membantu murid-murid yang tidak mampu menguasai kemahiran 3M. Lima orang guru pemulihan telah disediakan untuk mengajar tujuh orang murid pemulihan. Bilangan guru dikatakan sangat cukup dalam aspek ini. Pihak sekolah SJK(C) Yuk Kwan telah menghiaskan bilik darjah pemulihan dengan cantik dan melengkapkan kemudahan di dalamnya seperti bilik darjah biasa supaya murid pemulihan tidak berasa rendah diri. Hal ini menunjukkan pihak sekolah memberi tumpuan dan perhatian yang sepenuhnya kepada golongan kanak-kanak yang amat memerlukan bantuan ini.
Penempatan guru oleh Kementerian di sekolah ini diharapkan dapat membantu merealisasikan matlamat dan objektif pendidikan pemulihan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Pengajaran guru bertujuan untuk membetulkan sesuatu yang kurang betul atau salah. Justeru itu, pengajaran guru perlu dirancang dan disusun dengan rapi berdasarkan aspek-aspek kelemahan pelajar. Teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai perlu dipraktikkan mengikut keperluan dan pencapaian pelajaran yang bermasalah ini.

SJK(C) Do Nang pula merupakan sebuah sekolah terletak di luar bandar. Namun, sekolah ini juga menyediakan program pemulihan kepada murid-murid yang lemah terutamanya kanak-kanak orang asli. Walaupun sekolah ini merupakan sebuah sekolah aliran Cina, tetapi kebanyakan murid terdiri daripada golongan orang asli. Mereka ini menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran 3M dan diletakkan ke dalam kelas pemulihan. Bilangan guru pemulihan agak ramai iaitu sebanyak 10 orang supaya dapat memenuhi kehendak bilangan murid yang ramai juga. Untuk membantu murid-murid yang lemah ini, guru-guru pemulihan menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik untuk menjalankan proses PdP di dalam bilik darjah supaya mereka tidak cepat bosan.
Merancang strategi pengajaran yang menarik dan menyediakan bahan bantu mengajar yang baru bukanlah perkara yang mudah. Namun, pihak sekolah dapat memberi penekanan kepada aspek ini supaya mereka yang lemah tidak terpinggir pada zaman ini. Guru-guru pemulihan juga banyak menyumbang untuk membantu murid-murid pemulihan untuk membantu mereka menguasai ilmu yang asas dalam kehidupan seharian. Hal ini menunjukkan pelaksanaan program pendidikan pemulihan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dikembang dengan pesat, sihat dan harmoni.
No comments:
Post a Comment